Tuesday, July 24, 2012

PENGENALAN PBL

Project Based Learning 2012 merupakan salah satu projek di bawah anjuran PSPN Negeri Sembilan, dikelolakan oleh PKG Kuala Klawang. SK Undang Jelebu menghantar 8 penyertaan yang dikendalikan oleh 8 kumpulan yang berlainan. Kumpulan-kumpulan ini terdiri dari pelajar tahun 4 dan 5 dan menumpukan kepada mata pelajaran Pendidikan Siviks dan Kewarganegaraan.

Kumpulan-kumpulan ini di bawah kendalian dua orang guru selaku penasihat. Aktiviti dilaksanakan pada waktu petang bermula jam 3.00 hingga 4.00 petang di Makmal ICT SK Undang Jelebu.